Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, semasa penyerahan sumbangan mesin dialisis kepada MRCDC Permyjaya dari Pengarah PALB Engineering Sdn Bhd, Daniel Lai (dua kiri) Foto TVS

MRCDC Permyjaya kini dilengkapi mesin dialisis

MIRI, 5 April: Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri (MRCDC) kini dilengkapi sebuah mesin dialisis bernilai RM45,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata fasaliti berkenaan telah disumbangkan PALB Engineering (M) Sdn Bhd.

Menurutnya sumbangan mesin tersebut akan membolehkan MRCDC dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat dan pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat tersebut.

Malah beliau amat menghargai setiap sumbangan diberikan pelbagai pihak dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada sokongan padu yang kita terima daripada komuniti Miri yang membolehkan pusat baharu kita di sini hari ini berfungsi.

“Malah, semua mesin di sini disumbangkan oleh orang ramai bermula dengan Petronas, pelbagai organisasi korporat dan individu. Secara keseluruhannya, mereka menderma 38 unit mesin dialisis,” katanya kepada pemberita hari ini.

MRCDC ketika ini menyediakan penjagaan kesihatan kepada 328 pesakit, dengan 65 daripada mereka menjalani dialisis di bahagian Permyjaya.

Difahamkan pusat terbabit masih memerlukan tambahan dua mesin dialisis bagi memenuhi keperluan operasi pusat tersebut.

Justeru, MRCDC sentiasa mengalu-alukan mana-mana individu dan organisasi yang ingin membantu menyumbang kepada keperluan kepada pusat dialisis tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan