Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datu Ismawi Ismuni menunjukkan Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah RECODA di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Jumaat. Foto Jabatan Penerangan

Malaysia perlu gubal undang-undang perdagangan karbon diiktiraf antarabangsa

BySteward Dawi

KUCHING, 5 April: Malaysia memerlukan undang-undang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berkaitan perdagangan karbon bagi membolehkan aktiviti tersebut dapat dilaksanakan di negara ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, Sarawak sudah bersedia melaksanakan perdagangan karbon apabila meluluskan Rang Undang-Undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023, sekali gus menjadi negeri pertama meluluskan undang-undang seumpama itu di negara ini.

Malaysia perlu ada undang-undang perdagangan karbon | TVS

“Kita berpandu dengan Bank Dunia dan cara kita mesti mempunyai sistem antarabangsa bagi mengendalikan perdagangan karbon ini termasuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

“Bank Dunia memerlukan pengesahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan kita (Sarawak) menjalankan perdagangan karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni.

Abang Johari yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar berkata lagi, Singapura menunggu Sarawak untuk melaksanakan perdagangan karbon yang akan menjana pendapatan.

“Saya ada bercakap mengenai perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semasa mesyuarat Majlis Tenaga Negara di Putrajaya pada 2 April.

Menurutnya, jika piawaian antarabangsa itu wujud di negara ini, Sarawak tidak menghadapi masalah untuk mematuhinya.

“Semasa Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2024 pada Khamis, Kerajaan Persekutuan memerlukan tempoh dua minggu bagi mengadaptasi formula yang digunakan oleh Sarawak melibatkan undang-undang tersebut,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan