Search
Close this search box.
PC Image menganjurkan ekspo e-sukan dengan menawarkan pelbagai peralatan elektronik dengan harga yang menarik. Foto Aziz Soleh (TVS)

Ekspo e-sukan PC Image tawar jualan promosi peralatan elektronik hingga 7 April

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 April: Syarikat peralatan komputer yang berpangkalan di Sarawak, PC Image menganjurkan ekspo sukan elektronik (e-sukan) dengan menawarkan pelbagai peralatan elektronik dengan harga yang menarik.

Penyelia Jualan PC Image Wisma Saberkas, Marcus Lee berkata, ekspo itu juga turut dimeriahkan lagi dengan penganjuran kejohanan e-sukan membabitkan Dota 2, Valorant dan Tekken 8 dengan hadiah kemenangan berjumlah RM10,000.

“Tujuan ekspo ini adalah untuk memberitahu kepada orang ramai mengenai perkembangan e-sukan di Sarawak pada ketika ini. Pada ekspo ini, kami anjurkan pertandingan Dota 2, Valorant dan Tekken 8.

“Pada ekspo ini juga, PC Image tawarkan promosi melibatkan produk Lenovo dengan diskaun sehingga RM2000, dan pengunjung juga boleh dapatkan jaminan penjagaan premium jika mereka membeli dalam tempoh ini.

“Selain itu, kita juga tawarkan promosi produk Sony dengan diskaun sehingga 50 peratus dan juga pemberian baucar Touch N Go sebanyak RM800 untuk ditebus,” katanya ketika ditemui TVS pada majlis perasmian ekspo itu di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini.

Antara produk dengan harga promosi yang ditawarkan PC Image sempena penganjuran ekspo e-sukan syarikat itu di Vivacity. Foto Aziz Soleh (TVS)

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu memuji penganjuran acara itu yang turut menyaksikan penglibatan pemain e-sukan dari negeri ini yang sedang dalam fasa persediaan menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Katanya, pemain industri perlu mengikut jejak langkah PC Image dengan menganjurkan kejohanan seperti itu dalam usaha mencungkil lebih ramai bakat baharu.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu di pada majlis perasmian ekspo itu di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

“Industri e-sukan ini bernilai tinggi iaitu lebih daripada USD20 bilion setahun. Saya pernah ke Singapura dua tahun yang lalu menyaksikan kejuaraan Dota 2 yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak 10 juta dolar  Singapura.

“Pasaran e-sukan sangat besar, kita (Sarawak) boleh mula secara kecil-kecilan dahulu sebelum melangkah ke hadapan bersaing pada peringkat tertinggi,” jelasnya.

Ekspo itu yang berlangsung di pusat beli-belah belah Viva City berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 April ini bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi penganjur Ekspo PC Image E-sukan, Alan Chew dan Presiden Persatuan e-sukan Sarawak, Afiq Fadhli Narawi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PC Image, sila layari pcimage.com.my/tvs. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan