Search
Close this search box.
Bangkai paus yang ditemui terdampar di Pantai Telok Melano, Sematan, hari ini. Foto APM Sarawak

Bangkai ikan paus ditemui terdampar di Pantai Telok Melano

ByAhmad Burhanuddin

SEMATAN, 5 April: Pasukan Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak hari ini menemui bangkai seekor ikan paus yang terdampar di pesisir Pantai Telok Melano dekat sini.

Anggota Penyelamat Pantai Telok Melano APM Zulfika Atan berkata bangkai mamalia itu ditemui pada kira-kira 12.20 tengah hari semasa mereka melakukan rondaan rutin di kawasan berkenaan.

Bangkai ikan paus ditemui di Pantai Telok Melano | TVS

“Anggota Penyelamat Pantai Telok Melano telah melaporkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk butiran lebih lanjut mengenai penemuan bangkai itu,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Zulfika berkata, pihak SFC akan meneliti dahulu penemuan bangkai paus itu dan dijangka memaklumkan maklumat lebih terperinci.

Katanya lagi, kejadian itu bukan kali pertama ia dilaporkan dan pernah terjadi sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan