Search
Close this search box.
imbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Tidak benar penamatan subsidi punca harga barang naik

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 3 April: Penamatan subsidi oleh kerajaan tidak menyebabkan peningkatan harga malah terdapat barangan tertentu semakin murah, kata Fuziah Salleh.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, perkara itu dapat dilihat selepas subsidi ayam ditarik.

Jelas beliau, sebelum penamatan berkenaan, harga maksimum bagi sekilogram ayam mencecah RM9.40.

“Ketika itu peniaga tidak mampu hendak jual pada harga berkenaan (malah) mereka terpaksa kenakan caj tersembunyi seperti upah potong ayam RM1, maka harga jualan menjadi RM10.40 tetapi apabila kita apungkan harga ayam, kita banteras kartel yang kacau makanan ayam, kita lawan habis habisan, harga ayam turun,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Arman Azha Abu Hanifah mengenai penarikan subsidi oleh kerajaan yang dibimbangi menyebabkan harga barangan mencanak selain pengenalan beberapa cukai baharu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai harga ayam yang mahal sebelum ini, Fuziah berkata, ini kerana 70 peratus pengeluaran sumber protein berkenaan melibatkan harga makanannya.

“Bila kartel ada kat situ, kita lawan mereka mereka habis – habisan dan apabila tarik subsidi, kita selamatkan duit rakyat, harga ayam turun bukan naik, ini fakta, jadi tidak benar kata tarik subsidi harga barang naik,” katanya.

Tambah Fuziah pada masa hadapan sekiranya subsidi ditamatkan, kerajaan akan menggunakan data sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memberikan bantuan kepada golongan yang layak.

“Mereka yang layak menerima itu tidak semestinya B40, mungkin juga B80,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan