Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Pakar onkologi HUS akan dipindahkan ke Pusat Kanser Sarawak

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 3 April: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan akan memindahkan Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Hospital Umum Sarawak (HUS) ke Pusat Kanser Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pusat kanser baharu itu berkemampuan menawarkan perkhidmat berkualiti kepada pesakit kanser di Sarawak dan Sabah.

“Kemungkinan besar perkara tersebut akan berlaku kerana pusat kanser tersebut akan menjadi satu medan rawatan yang komprehensif.

“Tujuan pembinaan Pusat Kanser Sarawak ini adalah untuk memudahkan pesakit-pesakit kanser di Borneo,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rita Sarimah Insol sama ada pakar onkologi di HUS akan dipindahkan ke pusat kanser baharu itu kelak.

Tambah Lukanisman pembinaan Pusat Kanser Sarawak juga sangat diperlukan berikutan kos yang tinggi bagi pesakit-pesakit kanser di dua wilayah berkenaan untuk mendapatkan rawatan di Semenanjung Malaysia.

Berkenaan penyediaan kemudahan penginapan seperti Anjung Kasih untuk kemudahan waris pesakit di pusat kanser berkenaan,  Lukanisman memaklumkan, ia perlu diajukan kepada kementerian yang menjaga kebajikan rakyat.

“Kita akan mengajukan soalan tersebut kepada menteri yang menjaga kebajikan masyarakat agar mereka dapat mewujudkannya bagi membolehkan penjaga dan pelawat mengurangkan kos menjaga pesakit yang mendapat rawatan di pusat berkenaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan