Search
Close this search box.
IKON BUMI KENYALANG
Bandaraya Kuching akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Air Sedunia 2024, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto fail, Bernama.

Dewan Negara: Kuching tuan rumah sambutan Hari Air Sedunia 2024

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 3 April: Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Air Sedunia 2024, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, program itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan air dan sungai.

“Untuk tahun ini, ada cadangan untuk kita anjurkan Hari Sambutan Air Sedunia pada April di Kuching, Sarawak,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Abun Sui Anyit tentang tindakan kerajaan untuk memastikan sungai tidak dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah memberitahu, PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga merancang untuk melaksanakan 45 kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) di seluruh negara.

Kajian berkenaan jelas beliau akan melibatkan 189 lembangan sungai dengan kos berjumlah RM184 juta.

“Sehingga Mac 2024, sebanyak 23 kajian siap melibatkan perbelanjaan RM40 juta.

“Baki kajian dijangka akan siap sepenuhnya pada 2028,” katanya.

Beliau turut memberitahu objektif utama pelaksanaan IRBM adalah untuk memastikan air mencukupi, memastikan air bersih, mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan pemuliharaan alam sekitar sebagai rujukan kerajaan negeri dalam merancang pembangunan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan