Search
Close this search box.
Perolehan yang dilaksanakan melalui kaedah kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dapat mengurangkan elemen monopoli keterlaluan dalam mendapatkan anggaran harga dan spesifikasi,

Dewan Negara: Kaedah G2G kurangkan monopoli keterlaluan perolehan MINDEF

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 3 April: Perolehan melalui kaedah kerajaan dengan kerajaan (G2G) oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dapat mengurangkan monopoli keterlaluan dan penglibatan orang tengah dalam mendapatkan anggaran harga dan spesifikasi.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kaedah itu dilaksanakan oleh kementerian berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan di negara – negara terlibat.

Jelas beliau, MINDEF juga sentiasa memastikan perolehan yang dilaksanakan melalui kaedah berkenaan masih mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

“Rundingan hanya dilaksanakan dengan syarikat yang dipilih oleh kerajaan negara berkenaan setelah kementerian membuat due diligence berkaitan keupayaan dan kewangan syarikat serta ketetapan spesifikasi pengguna,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan pencapaian terkini usaha kerajaan untuk mengelakkan orang tengah dalam pembelian aset pertahanan negara melalui pendekatan G2G yang lebih telus serta menjimatkan kos.

Mengulas lanjut, Adly berkata perkara berkenaan juga bergantung kepada siling peruntukan yang ditetapkan oleh agensi pusat.

Kepada soalan tambahan mengenai sama ada pemindahan teknologi boleh berlaku dan tidak hanya mengharapkan negara pengeluar semata – mata, beliau menjelaskan MINDEF sentiasa membuat perubahan dan memperbaiki MoU yang dipersetujui.

“Di Malaysia, kita lebih kepada penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang kita letak dalam kontrak dan (pemindahan teknologi) untuk jangka masa panjang, kita boleh jimat kos dan guna kepakaran tempatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan