Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Industri besi dan keluli Malaysia terkesan ekoran kekurangan aktiviti di China

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 3 April: Industri besi dan keluli negara sedang berdepan lebihan pengeluaran berikutan kekurangan aktiviti dalam sektor pembinaan di China.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata, bagi mengatasi kemelut berkenaan, kementerian telah menggariskan dua keputusan termasuk pelaksanaan moratorium.

Jelas beliau, moratorium itu memberi ruang kepada pemain industri supaya dapat menyelaras dan membina perniagaan masing – masing dan seterusnya boleh berdepan cabaran mendatang termasuk lebihan kapasiti dan isu pelepasan karbon.

“(Ini kerana) isu pelepasan karbon akan diambil kira setiap kali pemain industri ingin memohon pinjaman bank.

“Justeru, moratorium ini membantu syarikat dan pemain industri untuk mencari jalan keluar,” katanya dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Low Kian Chuan yang meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah maklum balas dan perkembangan kerajaan terhadap dasar dan cadangan yang dirangka di dalam Kertas Putih yang dikemukakan oleh industri besi dan keluli Malaysia.

Sementara itu jelas Chin Tong, moratorium selama dua tahun bermula 15 Ogos 2023 itu dikenakan ke atas semua pertanyaan, penilaian permohonan semasa, permohonan baharu, pemindahan lesen, pembesaran, regularisasi dan pelbagai bagi Lesen Pengilang.

Dalam pada itu, beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Bebas dan Khas bagi industri besi dan keluli untuk mengkaji semula sektor itu mampu memberikan nafas baharu kepada industri berkenaan.

“Jawatankuasa tersebut akan memberi laporan kepada kementerian dalam tempoh enam bulan dan kementerian akan melaksanakan cadangan yang dicadangkan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan