Search
Close this search box.
ADUN Satok, Dato Ibrahim Baki melawat dan menyampai sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran Lorong Satok 17. Foto Pusat Khidmat ADUN Satok

ADUN Satok lawat mangsa kebakaran Lorong Satok

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 3 April: Simpati dengan nasib malang yang menimpa mangsa kebakaran di Lorong Satok 17 di sini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki turun padang melawat keluarga yang terlibat semalam.

Keluarga mangsa rumah pertama kejadian, Lim Chuan Lian, Lim Khiun Lian dan Lim Ching Lian berterima kasih dan menzahirkan rasa syukur atas sumbangan yang dihulurkan wakil rakyat itu.

Menurut Lim Chuan Lian, rumah mereka sebelum ini dibaiki melalui inisiatif Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) beberapa tahun yang lalu.

“Tragedi yang menimpa rumah keluarga kami telah memusnahkan atap rumah yang telah diganti baharu sebelum ini,” kata Chuan Lian.

Pada lawatan itu Dato Ibrahim turut memberi sumbangan kepada jiran, Jong Kim Juan yang turut terlibat dalam tragedi kebakaran yang sama.

Mangsa yang terlibat menerima sumbangan tunai serta bantuan bakul makanan.

Dalam kejadian pada Isnin itu, sebuah rumah hampir musnah sepenuhnya dan dua buah rumah musnah separuhnya, melibatkan dua buah keluarga.

Kejadian itu mengakibatkan rumah pertama musnah 70 peratus dan merebak kepada rumah kedua serta memusnahkan dua unit penghawa dingin di rumah yang ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan