Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM3,000 kepada salah seorang penerima bagi surau terpilih sekitar Kota Samarahan hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

TYT dan isteri berbuka puasa bersama warga UNIMAS

ByAhmad Burhanuddin

KOTA SAMARAHAN, 2 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Majlis Iftar Perdana UNIMAS 2024 di sini, hari ini.

Majlis yang diadakan di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS, menyaksikan Wan Junaidi turut menyempurnakan sumbangan Ihya Ramadan berbentuk wang tunai kepada enam buah surau terpilih di sekitar Kota Samarahan yang berjumlah RM3,000 bagi setiap surau.

Antara surau yang terlibat ialah Surau Darul Bahagia, Kampung Tambirat Ulu, Surau Darul Azam, Kampung Lubok Ria Hilir, Surau Ar-Riyadh, Kampung Tanjung Apong, Surau Darul Furqan, Kampung Binyuk Baru, Surau Darul Iman, Taman Samarindah Baru dan Surau Darul Ukhwah, Taman Sri Tuang.

Majlis itu juga diserikan lagi dengan penyampaian bantuan awal persekolahan kepada anak-anak staf UNIMAS bagi menampung keperluan persekolahan.

Usai berbuka puasa, Wan Junaidi serta isteri menunaikan solat Maghrib, Isya dan Tarawih secara berjemaah bersama warga kampus UNIMAS dan tetamu jemputan yang lain.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit dalam ucapan aluannya berkata, pihaknya turut mengadakan pelbagai aktiviti kerohanian dan ibadah termasuklah iftar harian, iftar bersama fakulti, ziarah Ramadan, solat sunat terawih, qiamullail dan tadarus Al-Quran di sepanjang bulan ini.

“Sesuatu yang menarik juga pada tahun ini telah dimulakan adalah program Jom Sahur dan Subuh bersama Naib Canselor yang telah diadakan pada 22 Mac lalu dan telah menghimpunkan lebih daripada 500 orang pelajar bersama Naib Canselor dan pihak pengurusan universiti,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Pengarah-Pengarah, Ketua Kaum dan Penghulu dari kawasan Kota Samarahan serta pelajar dan kakitangan UNIMAS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan