Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Dato Ahmad Nazdri Mohd Hassan di Astana Negeri, hari ini. Foto TVS

Pendidikan dan kesihatan antara topik diberi perhatian Tun Dr Wan Junaidi

ByFebbright James

KUCHING, 2 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi hari ini menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nazdri Mohd Hassan di Astana Negeri.

Menurut Ahmad Nadzri, kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memberi taklimat kepada Tun Wan Junaidi mengenai perkembangan semasa pembangunan sektor kesihatan dan pendidikan susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini baru-baru ini.

“Tun sangat berminat dan mengambil perhatian yang tinggi terhadap pembangunan kedua-dua sektor pendidikan dan kesihatan.

“Selain itu, Tun juga turut berkongsi pengalaman luas beliau dalam beberapa kementerian semasa beliau menjawat jawatan sebagai menteri di Persekutuan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu tambahnya, satu taklimat khas daripada agensi-agensi berkaitan akan diadakan selepas raya untuk membincangkan lebih lanjut mengenai pembangunan di Sarawak.

“Taklimat tersebut akan diadakan selepas raya mengikut kesesuaian Tun,” ujarnya.

Kunjungan hormat itu disertai Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak Rita Elisha Mering. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan