Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah dan Ketua Cawangan Pemakanan (Bahagian Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Bong Mee Wan di bangunan Baitul Makmur hari ini. Foto TVS

KPWKK terima permohonan maaf Alliance Islamic Bank

KUCHING, 2 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menerima permohonan maaf pihak Alliance Islamic Bank berhubung kesilapan fakta yang dikeluarkan pada salah satu iklan perbankan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, fakta yang dikeluarkan oleh bank berkenaan bercanggah dengan statistik yang dikeluarkan oleh Survei Kesihatan dan Morbiditi Negara (NHMS).

“Dalam iklan mengatakan 84 peratus, tetapi kalau kita lihat di bawah Survei Kesihatan dan Morbiditi Negara (NHMS), petunjuk yang digunakan iaitu ‘stunting’ (terbantut) sebagai indikator khasiat, dan satu lagi petunjuk iaitu ‘wasting’ (kekurangan berat badan), kita dapati bahawa dari segi peratusnya jauh berbeza.

“Kita terima permohonan maaf daripada mereka dan kita telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama kerana kita mahu lebih ramai rakyat menerima manfaat daripada kerajaan dan badan korporat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media Bank’s Social Funding Campaign and Future Collaboration with Alliance Islamic Bank di Bilik Mesyuarat Melut, Baitul Makmur 2 di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pemakanan (Bahagian Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Bong Mee Wan berkata, peratusan kanak-kanak yang kurang khasiat dan gizi yang seimbang di Sarawak sentiasa menunjukkan kadar penurunan statistik saban tahun.

“Berdasarkan Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Awam Malaysia pada 2016 dan 2022, terdapat persamaan dari segi peratusan penurunan.

“Kanak-kanak kurang berat badan di bawah umur lima tahun di Sarawak (daripada 17.8% kepada 15.6%, berat- untuk umur); terbantut (dari 23.1% kepada 19.4%, ketinggian mengikut umur); membazir (12% hingga 10.5%, berat-untuk-tinggi); dan berat badan berlebihan (dari 7.6% hingga 6.8%, BMI-untuk-umur),” katanya.

Berdasaran Statitik NHMS, setakat tahun 2022, hanya terdapat 19.4 peratus kanak-kanak terbantut dan 10.5 peratus kanak-kanak kurang berat badan berbanding ketinggian mereka di Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri KPWKK, Datuk Rosey Yunus, Setiausaha Tetap KPWKK yang baharu Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank Malaysia Berhad, Kellee Kam dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Berhad, Rizal Il-Ehzan Fadil Azim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan