Search
Close this search box.
Fatimah ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kids Bits Bytes' Tablet ke Sedidik Sarawak di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

KPWK Sarawak dedikasi atasi kemurungan ibu pasca bersalin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 2 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) dedikasi untuk membantu ibu-ibu baharu dalam menyesuaikan diri dan mengurangkan gejala kemurungan pasca bersalin.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri telah lama memberikan sokongan kepada ibu-ibu yang mengalami kemurungan pasca bersalin untuk pulih.

Antara inisiatifnya, beliau mendedahkan bahawa Bantuan Ibu Bersalin (BIB) satu kali, bertujuan untuk membantu ibu-ibu menyesuaikan diri secara kewangan dan mengurangkan tekanan yang berkaitan dengan menyediakan keperluan bayi mereka.

“Dalam hal bantuan tunai, ia membantu mereka mendapatkan perkhidmatan yang mereka perlukan dan membeli barang penting untuk kesejahteraan mereka dan bayi baharu lahir.

“Kami juga melihat peningkatan pusat-pusat untuk ibu yang sedang cuti bersalin, menyediakan sokongan profesional selepas bersalin, dengan tumpuan kepada kesejahteraan fizikal dan mental ibu dan bayi.

“Ia penting untuk kesihatan dan penyesuaian keseluruhan mereka,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kids Bits Bytes’ Tablet ke Sedidik Sarawak di sini, hari ini.

Beliau juga mendedahkan bahawa kemurungan pasca bersalin sedang ditangani dalam skala yang lebih besar daripada sebelum ini.

“Kini, kesedaran mengenai kemurungan selepas bersalin lebih tinggi. Berbeza dengan sebelum ini, ia sering diabaikan dengan kata-kata seperti ‘dia akan pulih seiring berjalannya waktu.’ Sekarang ini, lebih ramai memahami bahawa ia perlu ditangani dengan betul. Ia melibatkan ketidakseimbangan hormon, dan memberi kesan tidak hanya kepada aspek fizikal tetapi juga mental dan emosi.

“Jadi, kesedaran telah meningkat, dan kita tidak lagi mengabaikannya kerana ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mental ibu jika tidak dirawat,” tegas beliau.

Terdahulu, kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang mengadakan kempen khusus bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya masalah meroyan dalam kalangan ibu baharu bersalin.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kempen itu akan mensasarkan ahli keluarga terutama suami agar mereka lebih peka dengan perubahan sikap isteri dalam tempoh berpantang.

Menurutnya, kesedaran itu perlu berikutan banyak kes ibu meroyan yang ada menyebabkan kematian bayi mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan