Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan majoriti rakyat Malaysia yang terpedaya dengan sindiket tawaran kerja di luar negara bekerja dengan syarikat perjudian. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Tawaran gaji RM10,000 antara punca ‘terpedaya’ tawaran kerja luar negara

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 2 April: Tawaran gaji lumayan mencecah RM10,000 dikenal pasti antara punca utama rakyat Malaysia ‘terpukau’ menerima tawaran pekerjaan oleh sindiket di luar negara.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan juga mendedahkan, majoriti mangsa yang terpedaya terdiri daripada golongan kurang berpendidikan.

“Mereka ditawarkan gaji sekurang-kurangnya USD2,000 (RM10,000) dan kemudahan lengkap seperti tambang penerbangan, penginapan dan kebebasan untuk berjudi secara pinjaman.

“Rata-rata mangsa juga hidup susah (di Malaysia) dan miliki rekod jenayah,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Roderick Wong yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk mengelakkan lebih ramai mangsa terlibat dalam sindiket tawaran pekerjaan di luar negara.

Sementara itu Mohamad memberitahu, ramai mangsa didapati bekerja dengan syarikat perjudian di Kemboja,Laos, Myanmar, Thailand dan China.

Katanya lagi, kebanyakan mangsa juga terpedaya oleh orang yang mereka kenali seperti rakan malahan saudara-mara.

“(Sehubungan itu) tindakan boleh diambil terhadap pesalah laku yang merekrut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Akta tersebut boleh digunakan kepada mereka yang terbukti bersalah merekrut atau memerdagangkan orang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan