Search
Close this search box.
Pindaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Negara hari ini.Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Pindaan AUKU diluluskan, MPP boleh terima sumbangan

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 2 April: Pindaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Negara hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 itu dibuat selepas perbincangan melibatkan pelbagai pihak.

“Pindaan bukan hanya disyorkan oleh kerajaan tanpa melibatkan pihak-pihak lain khususnya mahasiswa dan pelajar kita,” katanya ketika penggulungan di sini.

Pindaan yang diluluskan selepas dibahas seramai 18 Ahli Dewan Negara itu melibatkan Sekyen 16B iaitu memindahkan kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib daripada Naib Canselor kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bagi pengendalian kes tatatertib di universiti.

Ia turut melibatkan Seksyen 15A bagi membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.

Sementara itu Zambry berkata, MPP dan badan pelajar dibenarkan membuka akaun dengan mana-mana institusi kewangan berlesen yang diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM) dan pengurusan kewangan akan diaudit oleh firma bertauliah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan