Search
Close this search box.
Majoriti projek teknologi hijau yang diluluskan di Malaysia melibatkan segmen projek solar. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Malaysia terima pelaburan hijau RM41 bilion

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 2 April: Malaysia merekodkan pertumbuhan pesat dalam teknologi hijau apabila menerima pelaburan mencecah RM41 bilion.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, setakat ini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau sehingga tahun lepas.

“Ini jelas menunjukkan prospek Malaysia dalam pelaburan teknologi hijau,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang ingin tahu perkembangan terkini pelan strategik kementerian untuk meningkatkan pelaburan teknologi hijau.

Sementara itu Chin Tong memaklumkan majoriti projek teknologi hijau yang diluluskan adalah bagi segmen projek solar.

“Malaysia tidak bersaing dengan kuasa besar seperti China dalam bidang ini sebaliknya saling melengkapi sesama sendiri.

“Banyak pelaburan masuk dari China dan negara lain ke Malaysia bagi pengeluaran solar panel untuk tujuan eksport,” katanya.

Pada masa sama katanya insentif cukai kepada syarikat juga telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2024 selain penambahbaikan Insentif Teknologi Hijau yang meliputi Hidrogen Hijau, Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik dan Tenaga Angin.

“Ini bertujuan merangsang pelaburan syarikat-syarikat baharu dan sedia ada bagi mendorong pencapaian negara neutral karbon menjelang 2050,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan satu Jawatankuasa Pemandu Kajian Strategi dan Pelaksanaan Pelaburan Hijau juga telah ditubuhkan dan diterajui Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan