Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: GST ‘kembali’ jika persekitaran ekonomi sesuai

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 2 April: Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) hanya akan diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya persekitaran ekonomi bersesuaian.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kerajaan juga akan mengambil kira kesan inflasi sebelum membuat sebarang keputusan.

Buat masa ini jelas beliau Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan dilihat mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding GST.

“Buat masa ini, kerajaan belum berhasrat untuk memperkenalkan GST.

“Tumpuan juga diberikan kepada rasionalisasi subsidi pada tahun ini,” katanya dalam Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang ingin tahu perancangan kerajaan selepas penangguhan Cukai Barang Bernilai Tinggi.

Tambah Hui Ying kerajaan akan terus mengutamakan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.

“(Kerajaan juga) memperkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu.

“Sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan akan diteliti untuk memastikan ianya bersifat progresif dan menjana hasil mampan kepada kerajaan tanpa memberi impak negatif kepada rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan