Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi bersama delegasi Kuching Skills College (KSC) di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi sokong penuh pembangunan pendidikan teknikal dan kemahiran

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 1 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan sokongan padu terhadap pembangunan bidang kemahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching Skills College Novert Sullang berkata sokongan itu dikongsikannya semasa kunjungan hormat pengurusan kolej berkenaan di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

“Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendengar pesanan Yang di-Pertua Negeri Sarawak tentang hala tuju Sarawak terutamanya dalam bidang pendidikan vokasional.

“Beliau (Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi) memberi sokongan terhadap pembangunan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), seni kulinari serta teknologi dron,” katanya semasa ditemui selepas kunjungan hormat.

Dalam pada itu, Novert berkata kunjungan hormat turut memaklumkan tentang perkembangan terkini kolej tersebut yang kini memasuki tahun kelapan penubuhannya.

Menurutnya, Tun Dr Wan Junaidi berharap agar Kuching Skills College memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan belia serta membuka peluang pendidikan seluruh di negeri ini.

“Tun memberi pandangan supaya Kuching Skills Colleger menjadi lebih aktif dalam membantu belia Sarawak, terutamanya dari kawasan luar bandar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan