Search
Close this search box.
Datuk Mohamad Razi Sitam hadir di Majlis Perasmian Drive-Thru Ramadan Kasih di RTM Kuching, hari ini. Foto TVS

Tiada halangan untuk bekas atlet jadi jurulatih – Razi

ByTVS

KUCHING, 1 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) mengalu-alukan bekas atlet paralimpik untuk menjadi jurulatih renang.

Timbalannya, merangkap Ketua Kontinjen (Chef-de-Mission) Para Sukan Malaysia Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, tiada halangan untuk bekas atlet untuk menjadi jurulatih renang.

“Mengenai isu yang ditularkan tersebut, kerajaan tidak ada halangan untuk mana-mana bekas atlet untuk menawarkan diri menjadi jurulatih.

“Walaupun mereka perlu melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan, kelayakan mereka harus diberi peluang sebab ada kategori tertentu yang dipenuhi oleh seorang jurulatih paralimpik SUKMA ataupun jurulatih atlet normal,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Drive-Thru Ramadan Kasih di RTM Kuching hari ini.

Pada majlis itu lebih 5,000 bungkus bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa diagihkan kepada penduduk sekitar.

Ujarnya, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Persatuan Renang Sarawak, beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada Persatuan Renang Sarawak dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Jadi yang itu saya serahkan kepada Persatuan Renang Sarawak untuk menyemak dan juga mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan pembangunan atlet para ini dalam acara renang.

“Tahun ini misi kita nak mengambil balik kejuaraan tersebut dan sudah tentu kita memerlukan usaha yang lebih proaktif untuk meningkatkan keupayaan atlet-atlet kita dalam semua cara untuk renang,” ujarnya.

Terdahulu, Jamery Siga menyuarakan rasa terkilan menanti janji pihak berwajib untuk menjadikannya antara barisan tenaga jurulatih.

Anak jati kelahiran Kampung Kuala Mendalam, Limbang, itu mengakui sudah menunggu hampir tiga tahun mengenai tawaran tersebut namun hingga kini masih tiada maklum balas.

Untuk rekod, Jamery mewakili Sarawak dari tahun 2002-2009 dan Malaysia pada 2010 hingga 2021.

Antara pencapaian terbaiknya ialah tiga kali mewakili Malaysia pada temasya Paralimpik Dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan