Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam mengulas berkenaan kes penderaan kanak-kanak yang tular di media sosial hari ini. Foto TVS

Rombak semula peraturan penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan

KUCHING, 1 Apr: Kerajaan Sarawak akan merombak semula peraturan penjagaan kanak-kanak di Sarawak bagi melindungi hak-penjagaan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, penambahbaikan prosedur tersebut harus dilakukan bagi membendung kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan di negara ini yang semakin meningkat.

“Sudah tiba masanya kerajaan menyusun semula peraturan-peraturan lebih ketat bagi melindungi kanak-kanak ataupun mereka di bawah jagaan pusat jagaan dan sebagainya

“Secara peribadinya, kita diperingkat kementerian sangat menyokong dan bersetuju dengan apa sahaja perancangan dan juga semakan semula ke atas peraturan sepatutnya mampu menjadikan pusat-pusat berkaitan itu dipercayai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketch ditemui di Majlis Perasmian Drive-Thru Ramadan Kasih di RTM Kuching hari ini.

Tambah Razi, setakat ini tiada sebarang kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan harian yang berlaku di Sarawak.

“Sarawak setakat ini tidak ada. Tapi walaupun begitu kita tidak boleh lalai dengan keadaan semasa sebab keselamatan anak-anak perlu diberi perhatian,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) menggariskan beberapa penambahbaikan untuk dilaksanakan bagi menangani kes dera yang semakin meningkat ketika ini.

“Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak di dalam jagaan orang lain terutamanya di taska, kementerian akan memperkenalkan beberapa garis panduan bagi melindungi kanak-kanak.

“Antara garis panduan baharu adalah mewujudkan sistem amaran untuk pusat asuhan di bangunan kerajaan.Selain itu, pastikan pusat jagaan tersebut berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sebab itu kami memastikan bahawa CCTV dipasang di pusat jagaan supaya senang untuk kami memantau apa yang berlaku di sana,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan