Search
Close this search box.
Datu Misnu Taha (kiri) menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada penerima hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

RM20,000 disalur bagi naik taraf Masjid Darul Akmal

ByIzzah Kamilah Yunus

BAU, 1 April: Sebanyak RM20,000 disalurkan kepada pihak Masjid Darul Akmal di Kampung Belimbing Krokong untuk menaik taraf kawasan di masjid tersebut, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

“Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Akmal Kampung Belimbing Krokong, Ahmad Katang, menyatakan jumlah tersebut diperlukan untuk memperbesarkan lagi kawasan masjid, jadi kami akan menyalurkan sumbangan tersebut.

“Sebanyak RM3,000 juga akan disalurkan kepada masjid ini untuk pembesar suara yang baharu,” katanya ketika berucap di Majlis Safari Ramadan di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pendidikan, beliau mengalu-alukan mereka yang berminat ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam peringkat sijil atau diploma.

“Bagi mereka yang beminat boleh memaklumkan kepada Ahmad Katang. Kami boleh tolong dan tiada sebarang bayaran dikenakan di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS),” katanya lagi.

Dalam majlis sama, sebanyak 70 bantuan disalurkan oleh Majlis Islam Sarawak menerusi Tabung Baitulmal Sarawak yang berupa makanan.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan masjid kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Akmal Kampung Belimbing Krokong, Ahmad Katang (dua dari kiri) hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Mereka yang menerima bantuan tersebut adalah dari Kampung Belimbing Krokong, Kampung Segubang dan Kampung Singai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan