Search
Close this search box.
Awang Tengah dan Hasbi pada Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Pegawai-Pegawai Masjid dan Surau, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim di Limbang. Foto TVS

Projek Lebuh Raya Pesisir Utara dijangka siap 2030

LIMBANG, 1 April: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang merangkumi lima pakej pembinaan bakal dilaksanakan tahun ini dan dijangka siap menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek lebuh raya melalui dana Kerajaan Sarawak bernilai kira-kira RM6.1 bilion itu akan dibina dengan empat lorong turut menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas.

“Kita akan meneruskan projek yang dulunya disebut sebagai Lebuh Raya Pan Borneo melalui negara Brunei, tapi ia dibatal dulu.

“Namun, kita telahpun bersetuju untuk meneruskan projek ini, malahan ini sudah dimaklumkan kepada negara Brunei Darussalam bagi Sarawak, yang akan dijadikan sebahagian daripada Lebuh Raya Pesisir dan kita akan laksanakan, Insya-Allah dalam tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Pegawai-Pegawai Masjid dan Surau, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di Masjid Janatul Firdaus Bahagian Limbang hari ini.

Katanya, projek itu yang terbahagi kepada lima pakej membabitkan tiga pakej untuk Limbang dan dua pakej di Lawas merupakan antara projek mega, inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menyediakan kemudahan jalan raya sempurna kepada rakyat di pedalaman.

Sementara itu, kata beliau, Sarawak dan negara Brunei sudah mengadakan perbincangan bagi pembinaan kemudahan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) baharu berhampiran Kampung Pendam (Limbang) dan Lumapas (Brunei).

Setakat ini katanya, projek itu belum lagi mendapat persetujuan secara rasmi dan ia akan terus dibincangkan bersama antara Sarawak dan Brunei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan