Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Penjawat awam, pesara terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250

ByMuqri Aziz

PUTRAJAYA, 1 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Tambahnya lagi, bantuan khas RM250 turut disalurkan kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

“Insya-Allah, saya telah maklum kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi April 2024 di Dewan De’Seri Endon di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan khas itu mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan persekolahan, walaupun bayaran Insentif Awal sebanyak RM2,000 telah disalurkan pada 23 Feb lepas.

Beliau berkata BKK itu juga mengambil kira keluhan penjawat awam yang ditemui di Bazar Ramadan ketika lawatan kerja beliau ke Pahang dan Sarawak baru-baru ini.

Menurutnya, sekiranya politik stabil, dasar ekonomi jelas dan pelaburan domestik dan asing bertambah, kerajaan boleh mempertimbangkan penyaluran bantuan lain kepada rakyat.

Sementara itu, umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut Aidilfitri pada 10 April (Rabu) depan.

Sabtu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi kenyataan berkata tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara dan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal antaranya di Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan