Search
Close this search box.
Pemandu maut manakala penumpang cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah pikap di Kilometer 58 Jalan Sri Aman-Sarikei pagi tadi. Foto IPD Sri Aman

Pemandu maut, penumpang cedera, kemalangan kendiri pikap di Jalan Sri Aman-Sarikei

BySafri Ali

SRI AMAN, 1 April: Pemandu maut manakala penumpang cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah pikap di Kilometer 58 Jalan Sri Aman-Sarikei di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, dalam kejadian jam 9.56 pagi itu, mangsa yang maut pemandu pikap Musa Mat, 56, beralamat di Kampung Bintawa Ulu, manakala penumpang Peli Seman, 59, beralamat di Kampung Tanjung Bako cedera di kepala dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie.

Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuching hendak menuju ke Betong untuk bekerja sebagai buruh di Pan Borneo.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati pikap terbabit terbabas sendiri ke kanan jalan lalu terbalik.

“Pemandu pikap tercampak keluar dari kenderaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian yang disahkan paramedik Klinik Skrang. Penumpang yang cedera telah dibawa ke Hospital Betong untuk mendapat rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan