Search
Close this search box.
Nik Nazmi Nik Ahmad ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Laluan Ke Neutraliti Plastik: Tindakan Kolaboratif dan Penyelesaian Inovatif anjuran Yayasan Hijau dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

NRECC kaji gubal undang-undang penggunaan plastik

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 1 April: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC) sedang mengkaji untuk menggubal undang-undang bagi mengatasi pencemaran plastik yang sesuai dilaksanakan secara menyeluruh.

Menterinya,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, undang undang sedia ada bersifat ‘fragmented’ atau terdapat pecahan mengikut perbezaan pelaksanaannya di peringkat pihak berkuasa tempatan (pbt) yang disesuaikan mengikut lokaliti.

Situasi ini katanya menjadikan usaha mengatasi pencemaran plastik ini tidak efektif, malah merupakan antara masalah pencemaran terbesar di negara ini sehingga menyebabkan isu lain seperti banjir dan mikroplastik di dalam rantai makanan.

“Kita juga faham tempat yang berbeza mempunyai konteks yang berbeza, apa yang boleh dilaksanakan di Sarikei atau katakan Pensiangan atau apa yang boleh dilaksanakan di Kuala Lumpur mungkin berbeza dari segi kepantasan.

“Tetapi saya rasa sudah beberapa tahun negeri pertama yang bermula dengan caj pencemaran untuk beg plastik ialah Selangor dan Pulau Pinang sejak 2009 atau 2010 jadi itu dah lebih 10 tahun lalu.

“Jadi saya fikir kita perlu melihat semula sama ada kita kini perlu bergerak di peringkat kebangsaan bersama-sama untuk mengatasi masalah ini kerana anda tahu masalah itu semakin berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Laluan Ke Neutraliti Plastik: Tindakan Kolaboratif dan Penyelesaian Inovatif anjuran Yayasan Hijau dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Tambahnya, antara cabaran besar di Malaysia untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna adalah sektor tidak formal seperti bazar ramadan dan pasar malam yang menggunakan plastik secara meluas.

Untuk rekod, Malaysia berada pada dalam kedudukan 10 negara teratas di dunia paling banyak membuang sampah berupa plastik dalam laut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan