Search
Close this search box.
Agoda mennyenaraikan Kuching sebagai destinasi pelancongan keempat termurah di rantau Asia. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kuching destinasi pelancongan keempat termurah di rantau Asia

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 April: Bandar Raya Kuching disenaraikan sebagai destinasi pelancongan keempat termurah di rantau Asia.

Platform pelancongan digital Agoda menerusi kenyataan berkata ia turut mengekalkan status sebagai destinasi pelancongan paling berpatutan di Malaysia dengan kadar bilik purata menarik pada harga RM230 semalam.

Kuching disenaraikan sebagai destinasi pelancongan keempat termurah di rantau Asia. Foto Agoda

“Bandar Raya Kuching menggabungkan kemeriahan unik dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.

“Kuching mempunyai hab seni dan kraf dengan Main Bazar, Lebuh Carpenter dan pasar minggu sebagai pilihan utama untuk para pelancong mencari kraf tangan dan cenderamata tempatan.

“Selain itu, penggemar alam semula jadi juga tidak mahu ketinggalan melawat Taman Negara Bako yang berdekatan dengan gabungan hutan hujan, hidupan liar dan pantai yang menakjubkan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Untuk rekod, pada Oktober tahun lepas, Kuching dikenal pasti sebagai destinasi pelancongan yang paling berpatutan di dalam negara dengan purata caj sebuah bilik bernilai RM281.28 semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Agoda itu, Kuching turut disenarai di kedudukan keempat termurah di Asia Tenggara selepas Udon Thani di Thailand (RM132), Surabaya di Indonesia (RM183) dan Hue di Vietnam (RM202).

Turut tersenarai dalam lapan destinasi pelancongan dengan purata caj penginapan terendah di sekitar Asia Pasifik pula ialah Lloilo di Filipina (RM235), Begaluru di India (RM259), Narita di Jepun (RM334) dan Kaohsiung di Taiwan dengan RM475 semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan