Search
Close this search box.
Ahli Kelab Belia Lestari merakamkan gambar kenangan selepas mengagihkan bubur Ramadan pada Ahad. Foto TVS

Kelab Belia Lestari agih 3,000 bubur istimewa

SIBU, 1 April: Kelab Belia Lestari tampil meraikan masyarakat sekitar Kampung Usahajaya Baru, Sentosa dengan mengagihkan 3,000 pek ‘bubur Ramadan’ di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa pada petang Ahad.

Pengerusinya, Muhammad Mustaqim Hasin berkata ia merupakan aktiviti tahunan kelab tersebut pada bulan Ramadan namun kelainan ditampilkan kali ini dengan penyediaan bubur Ramadan yang dihasilkan dengan resipi tersendiri.

“Setiap tahun akan disediakan bubur-bubur yang berbeza, tahun lepas kita buat bubur lambuk dan tahun ini bubur Ramadan.

“Bubur Ramadan adalah satu bubur yang dihasilkan dengan resipi tersendiri oleh beberapa ahli kelab kami dan ada ramuan ataupun adunan yang tertentu.

“Ia seakan bubur lambuk tapi tidak sama seratus peratus dan ia dinamakan bubur Ramadan,” katanya.

Jelasnya lagi, sepanjang Ramadan mereka turut aktif melakukan kerja amal melalui inisiatif ‘Program Kongsi Rezeki Ramadan’ yang julung kali diadakan sepanjang penubuhan kelab tersebut.

Lima kawasan berlainan terlibat dalam program tersebut. Sebanyak 40 kampit beras diagihkan kepada 40 rumah di Kampung Usahajaya Baru dan 40 rumah di Kampung Jeriah, Sibu.

Manakala juadah diagihkan di Taman Desa Kemuyang Sibu, Masjid At Taqwa Oya dan kampung Muhibbah Kanowit tanpa mengira latar belakang penduduk.

Mengenai dana untuk menjalankan aktiviti, ia adalah daripada sumbangan ahli kelab sendiri dan tiada peruntukan atau tajaan daripada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Mustaqim berkata kelab yang ditubuhkan pada tahun 2020 itu telah memberi peluang golongan belia memainkan peranan dalam masyarakat melalui kerja amal dan kebajikan selaras dengan matlamat penubuhannya.

Penyertaan dalam kelab tersebut menjadi platform yang baik buat para belia berbakti kepada masyarakat selain dapat mengelakkan aktiviti tidak bermoral.

“Kita sedia maklum golongan belia untuk terlibat dalam kerja-kerja amal ini amat sedikit kerana aktif dengan media-media sosial dan sebagainya,

“maka tertubuhnya Kelab Belia Lestari ini untuk mengajak belia-belia bersama-sama kita berganding bahu untuk melakukan apa sahaja kerja-kerja kebajikan yang boleh mendatangkan manfaat kepada belia-belia.

“Selain itu boleh mengelakkan belia terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sepatutnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan