Search
Close this search box.
Kedai serbaneka KK Mart di Jalan Satok, Kuching yang dilontar bom petrol pada malam Ahad. Foto TVS

Kedai KK Mart di Satok kena baling bom petrol

BySaibi Gi

KUCHING, 1 April: Polis sedang giat mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian membaling bom petrol ke arah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Satok pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata insiden itu menyebabkan kebakaran kotak mengandungi air minuman di kaki lima kedai tersebut.

“Susulan kejadian itu, polis menerima satu laporan polis pada 31 Mac daripada seorang pekerja kedai berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat dan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ceremona Nasim di talian 013-8554168 atau di balai polis berhampiran.

“Orang-ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan di luar batas undang-undang dalam hal ini dan memberikan ruang proses perundangan yang sedia ada,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan