Search
Close this search box.
SHMMP juga bertujuan untuk memastikan peniaga mendapat keuntungan yang setimpal tanpa menjejaskan bekalan barangan. Foto fail TVS.

Dewan Negara: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan lindungi pengguna

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 1 April: Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bertujuan untuk melindungi pembeli serta mengelakkan harga barangan terpilih melambung tinggi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata skim berkenaan juga dilaksanakan bagi memastikan peniaga mendapat keuntungan yang setimpal tanpa menjejaskan bekalan barangan.

Kata beliau, langkah berkenaan juga mengelakkan sebilangan peniaga mengambil kesempatan sewaktu permintaan tinggi dengan menaikkan harga secara melampau.

“(Namun) sekiranya kita melakukan perkara ini secara berpanjangan, kita khuatir ia akan menjejaskan bekalan kerana berkemungkinan peniaga memilih untuk tidak menjual barangan berkenaan kerana keuntungan kecil,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Fuziah menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menguatkuasakan SHMMP sepanjang Ramadan memandangkan harga barangan yang semakin meningkat.

“(Sementara itu) KPDN juga mengadakan 452 Jualan Rahmah tambahan selain pemantauan harga sepanjang Ramadan ini bagi meringankan beban rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan