Search
Close this search box.
Migrasi luar bandar ke bandar semakin berkurang iaitu kadar tiga peratus pada 2020 kepada 2.4 peratus pada 2022. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Semakin ramai yang pilih tinggal di luar bandar

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 1 April: Trend migrasi dari luar bandar ke bandar didapati semakin berkurangan, dedah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang.

Menurut beliau, data itu berdasarkan Laporan Survei Migrasi 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Ia menunjukkan bahawa trend aliran migrasi dalam negeri melibatkan luar bandar ke bandar semakin berkurang iaitu kadar tiga peratus pada 2020 kepada 2.4 peratus pada 2022,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang ingin tahu sama ada terdapat sebarang kajian dibuat berkaitan migrasi penduduk luar bandar di Malaysia dan impak perkara tersebut kepada kewujudan penempatan desa.

Tambah Rubiah, KKDW akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar.

“Kementerian sentiasa memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar melalui pelbagai projek dan program.

“Hal ini bagi memastikan masyarakat luar bandar terus kekal tinggal di luar bandar dengan memastikan kawasan luar bandar sebagai Luar Bandar Sejahtera,” tambahnya.

Ujarnya lagi, projek-projek ekonomi seperti Program Desa Lestari, Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) dan Program Desa Lestari juga dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan di luar bandar. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan