Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meninjau beberapa sekolah di Miri pada tahun lepas. Foto KPM.

Dewan Negara: RM930 juta disalurkan naik taraf sekolah daif di Sarawak, Sabah tahun ini

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 April: Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM1.9 bilion untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM930 juta disalurkan untuk kerja- kerja naik taraf dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

Kata beliau ini menunjukkan kerajaan tidak pernah meminggirkan keperluan sekolah.

“Sebanyak RM1 bilion pula disediakan untuk penyelenggaraan sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah tamil dan cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.

“Pada tahun lepas juga, RM2.3 bilion ringgit disediakan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah termasuk peruntukan RM920 juta ringgit untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah daif di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk kesegeraan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Pada masa sama beliau memaklumkan, peruntukan RM900 juta ringgit disediakan untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah bagi kerja seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan peralatan asrama dan kelas yang telah uzur.

Sementara itu Amir Hamzah memaklumkan bagi memastikan pembinaan sekolah daif dapat dijalankan dengan cepat dan lancar, Kementerian Kewangan juga telah memberikan pengecualian kaedah perolehan.

“(Ini melibatkan) kaedah perolehan dan had nilai bagi lantikan terus dibenarkan sehingga RM200,000 bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi sekolah daif di bawah Kementerian Pendidikan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan