Search
Close this search box.
Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses memperkenalkan manfaat dan kelebihan baharu bagi menarik minat golongan muda untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Foto fail Bernama.

Dewan Negara: Minat orang awam sertai polis tinggi

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 1 April: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses memperkenalkan manfaat serta kelebihan baharu bagi menarik minat golongan muda untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, usaha juga dilakukan untuk menilai semula skim perkhidmatan dan gaji anggota polis.

“Melihat kepada jumlah permohonan daripada orang awam untuk menyertai pasukan polis, ia menunjukkan terdapat minat yang tinggi.

“Oleh itu, usaha sedang dilakukan bersama bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) utk mengkaji dan menilai semula skim perkhidmatan dan juga sistem gaji,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada ahli Dewan Negara, Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair mengenai langkah KDN untuk menarik minat generasi muda untuk menjadi anggota polis susulan cadangan pemansuhan skim pencen penjawat awam.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan PDRM menerima 40,000 permohonan untuk mengisi kekosongan 400 jawatan inspektor.

Saifuddin pada Sidang Parlimen turut memaklumkan pihaknya menerima permohonan calon berkualiti termasuk dalam kalangan peguam yang berminat menuyertai PDRM.

Terdahulu, terdapat cadangan pemansuhan skim pencen penjawat awam kepada skim lain bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata setakat ini tiada sebarang keputusan diambil berhubung skim berkenaan, termasuk cadangan untuk menggantikannya dengan kaedah lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan