Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: 897 usahawan wanita terima manfaat SKIM DanaNITA

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 1 April: Skim Pembiayaan Perniagaan Dananita (DanaNITA) berjaya meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam aktiviti keusahawanan, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, skim itu diperkenalkan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Katanya, ia telah telah mendapat peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) berjumlah RM35 juta sejak 2021 sehingga tahun lepas.

“Setakat Disember 2023, seramai 897 usahawan wanita telah menerima manfaat.

“Bagi tahun ini, kerajaan meneruskan inisiatif bagi dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta dengan sasaran penyertaan lebih 100 orang usahawan,” katanya di sini hari ini.

Rubiah menjawab soalan Senator Mustafa Musa yang meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kapasiti program usahawan wanita, graduan institut pengajian tinggi (IPT) dan lepasan institusi kemahiran yang dilatih dan ditaja MARA.

Selain itu Rubiah turut memaklumkan pelbagai inisiatif telah dijalankan seperti program pembangunan usahawan untuk menyokong pembangunan usahawan wanita dan belia.

“Ini bagi memastikan kelestarian belia untuk menjadi pekerja profesional yang mahir dan seterusnya mampu menjana pendapatan tinggi.

“Pengajian Tinggi MARA melalui Kolej Profesional MARA telah menawarkan 13 program diploma dengan lapan daripadanya merupakan program dwi pensjilan dengan badan-badan profesional,” katanya.

Sementara itu dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) MARA pula, Rubiah memberitahu GIATMARA telah melahirkan hampir 80,000 graduan dan daripada jumlah itu sebanyak 39 peratus merupakan graduan wanita. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan