Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan seramai 11,095 pengarah syarikat dikenakan tindakan sekatan ke luar negara oleh LHDN. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: 182,666 individu gagal bayar cukai dikenakan sekatan perjalanan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 April: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyekat seramai 182,666 individu dan pengarah syarikat melakukan perjalanan ke luar negara kerana gagal membayar cukai.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, mereka terdiri daripada 161 571 individu yang tidak menyelesaikan tunggakan cukai pendapatan dan 11,095 pengarah syarikat kerana tunggakan cukai harta tanah setakat 29 Februari lepas.

“Tindakan ini dilakukan mengikut Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara di sini hari ini.

Hui Ying menjawab soalan Senator Datin Ros Suryati Alang yang ingin tahu bilangan kes sekatan perjalanan yang diambil oleh LHDN kepada individu atau pembayar cukai.

Tambah beliau, peringatan telah dilaksanakan dengan sewajarnya sebelum sekatan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

“LHDN menghantar surat peringatan, emel pemakluman tunggakan cukai serta menghubungi pembayar cukai menerusi panggilan telefon,” katanya.

Sementara itu Hui Ying memaklumkan, sekiranya pembayar cukai disekat di lapangan terbang, pegawai JIM akan merujuk Pegawai Perhubungan Awam LHDN untuk tujuan perlepasan.

“Berdasarkan hasil rundingan, pelepasan akan diberi segera selepas kaedah penyelesaian cukai dipersetujui sama aada sebahagian atau sepenuhnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan