Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama setiausaha-setiausaha politik selepas Majlis Angkat Sumpah di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

20 Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak angkat sumpah

ByKimberly Dickson

KUCHING, 1 April: Seramai 20 orang Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengangkat sumpah di hadapan beliau.

Angkat sumpah dimulai dengan Petrus Igat Mathias dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarkawi Suhaili (PBB), Romeo Christopher Tegong (PBB), Fridah Osman (PBB), Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim (PBB), Abdul Samat Kethergany (PBB), John Nyigor (PBB), Damen Rejek (PBB), Sayed Azmee Wan Junaidi (PBB), Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa (PBB), Susan Clement Ingun (PRS), Fung Kok Shiun @ Brian Fung (PDP) dan Niponi Undek (SUPP).

20 Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak angkat sumpah | TVS

Diikuti dengan tujuh Setiausaha Politik pelantikan baharu iaitu Hajis Japar Labow (PBB), Dominic Nyurang Ajang (PBB), Watson Awan Jalai (PBB), Collin Patan (PBB), Afiq Fikri Brahim (PBB), Thomas Balan Bang (PRS), Joshua Ting Fu Ying (PDP).

Sementara itu, Setiausaha Politik baharu yang telah dilantik, Joshua berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan tersebut.

“Saya harap saya boleh membawa isu-isu penting sehingga ke akar umbi kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dan saya ingin menyampaikan mesej serta polisi kerajaan kepada masyarakat,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan