Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi di Majlis Sungkei Perdana Bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak. Foto Muhammad Raffiq (TVS)

TYT, Premier Sarawak hadiri Majlis Sungkei Perdana di Astana Negeri

ByAdlina Rahman

KUCHING, 31 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi meluangkan masa menghadiri Majlis Sungkei Perdana Bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak di Dewan Utama Astana Negeri Sarawak di sini, malam ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.

Majlis berbuka itu dihadiri kira-kira 300 tetamu termasuk menteri Kabinet Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),Ketua-Ketua Pengarah serta Ketua-Ketua masyarakat di sekitar kawasan Kuching.

Ia dimulakan dengan jamuan ringan untuk berbuka puasa sebelum majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Imam Mekah, Datuk Dr Idris Almasharafe.

Seusai menunaikan solat Maghrib, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam yang diadakan sehingga sekitar jam 8 malam.

Kenamaan lain yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN),Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan