Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Surau Darul Ehsan Kampung Bintawa Tengah di Kuching hari ini. Foto TVS

Saberkas Pantai Damai bersama ahli Thomian 90 agih 500 pek bubur lambuk

KUCHING, 31 Mac: Saberkas Cawangan Pantai Damai bersama ahli Thomian 90 menerusi Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS cawangan tersebut mengagihkan sebanyak 500 pek bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Kampung Bintawa Tengah.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, selain hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat, ia turut menjadi platform pertubuhan berkenaan untuk berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan selain turut memupuk semangat gotong-royong di kalangan ahlinya.

“Yang pentingnya ialah program agihan bubur lambuk ini kita sentiasa mementingkan aktiviti gotong-royong yang menjadi tradisi masyarakat Melayu di Sarawak.

“Kita bergotong-royong bersama-sama menyediakan persiapan bubur lambuk dan diagihkan kepada penduduk kampung,” katanya ketika berucap di Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan Pantai Damai di Surau Darul Ehsan Kampung Bintawa Tengah hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan pemberian sumbangan bantuan berbentuk wang tunai serta bakul makanan kepada 10 orang penduduk terpilih.

Bantuan tersebut merupakan sumbangan ikhlas daripada ahli-ahli Thomian 90 untuk membantu golongan yang memerlukan bersempena dengan bulan Ramadan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan