Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Taib ditemui semasa menghadiri Program Sungkei Rami Rami Cats FM di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Kerajaan ambil serius setiap syor tambah baik sistem PADU

KUCHING, 31 Mac: Sebarang isu keselamatan data peribadi yang didaftarkan dengan Pangkalan Data Utama (PADU) tidak harus dipandang ringan termasuk penambahbaikan mekanisme pelaksanaannya.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata perkara itu akan diperhalusi dengan teliti ekoran terdapat kekhuatiran diketengahkan orang ramai.

Datuk Hanifah Hajar Taib semasa menghadiri Program Sungkei Rami Rami Kuching Cats FM di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu. Foto TVS

“Niat (kerajaan) baik tetapi jika perlu diperhalusi untuk keselamatan semua, ia mesti dilaksanakan dan tidak boleh diabaikan,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Program Sungkei Rami Rami Kuching Cats FM di Padang Merdeka, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hanifah turut menegaskan bahawa fungsi pendaftaran PADU juga tidak harus dipandang dari sudut negatif semata-mata sebaliknya mengambil kira kepentingan dalam menyalurkan subsidi bersasar.

Menurutnya, kerajaan tidak mahu rakyat yang layak menerima bantuan atau subsidi kerajaan tercicir dari senarai.

Setakat ini pendaftaran PADU masih diteruskan di seluruh negara kecuali Sarawak yang ditangguhkan sementara, katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan