Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni para peniaga dan pengunjung semasa berkunjung ke Bazar Ramadan Desa Ilmu, Kota Samarahan, semalam. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kehidupan di Sarawak perlu diteladani

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Rakyat Malaysia perlu meneladani kehidupan di Sarawak yang tenang dengan rakyatnya hidup dalam perpaduan meskipun rencam kaum, agama dan budaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook malam tadi, beliau berkata sebarang isu dan perbezaan di negeri itu diurus dengan hikmah, ihsan dan kasih sayang berbanding pergaduhan, amarah dan kebencian.

Menurut Anwar beliau menyentuh perkara itu memandangkan sikap segelintir masyarakat sejak kebelakangan ini, yang begitu mudah membelit diri dengan isu-isu lama dan gemar memperbesarkan masalah kecil hingga melarat menjadi mudarat.

Selain itu, katanya keamanan dan kestabilan politik di Sarawak dengan barisan pimpinan yang menggunakan kedudukan dan kuasa untuk rakyat, membolehkan hubungan erat terjalin antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Hubungan ini membolehkan kita mewujudkan kerjasama luar biasa, dengan buat julung kalinya kerajaan Persekutuan dapat menyerahkan tanggungjawab dan kepercayaan penuh buat kerajaan negeri untuk memulakan projek pembangunan tertentu.

“Kerjasama ini membolehkan pembinaan infrastruktur seperti sekolah dan klinik, khususnya di luar bandar dan pedalaman dibangunkan dengan lebih pantas dan kos lebih rendah berbanding kaedah biasa,” kata Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI di pekarangan Masjid Al-Muttaqin di Kota Samarahan bersama kira-kira 2,000 masyarakat setempat.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan semua umat Islam untuk menyelami ibrah Ramadan tahun ini dan meningkatkan iman dan amal yang menjadi teras kepada disiplin serta integriti diri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan