Search
Close this search box.
Asydidi Hamzah (dua dari kiri) menunjukkan senaskah Al-Quran yang tertera cop perakuan menandakan naskah itu diperakui oleh Kementerian Dalam Negeri dan boleh diedar mana-mana pihak. Foto Muqri Aziz (TVS)

Al-Quran dijual di pasaran mesti punyai pelekat hologram, lulus KDN

ByMuqri Aziz

KUCHING, 31 Mac: Program ‘Jom Exchange Al-Quran’ anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sarawak memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai Al-Quran yang berada di pasaran mesti mempunyai pelekat hologram dan kelulusan kementerian itu.

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (BPK) KDN Sarawak bertanggungjawab sepenuhnya memberi kelulusan pada setiap Al-Quran sebelum boleh diedarkan di negara ini oleh mana-mana pihak.

Menurut Pengarah Negeri, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Sarawak, Asydidi Hamzah, pihaknya memandang serius mengenai kegiatan menjual Al-Quran tanpa kelulusan untuk kegunaan masyarakat Islam di negeri ini.

“Jika senaskah Al-Quran itu tidak diperakui oleh pihak KDN, maka ia adalah salah di sisi undang-undang kerana kita khuatir berkemungkinan ada kesalahan tertulis di dalam Al-Quran itu.

“Sehubungan itu, kita melantik lajnah yang pakar dalam mengkaji satu persatu yang tercatat di dalam Al-Quran dan mereka lihat dari segi salah dia, dobit, titik serta tajwid,” katanya ketika ditemui pada Program Bubur Lambuk dan Jelajah Hizful Quran Siri 5/2024 di Surau Darul Hijrah di sini, hari ini.

Penduduk Perumahan Darul Hana menukar Al-Quran lama mereka kepada Al-Quran baharu yang diperakukan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Foto Muqri Aziz (TVS)

Bukan itu sahaja, pihaknya turut memantau bahan-bahan Al-Quran atau kalimah Allah di pakaian atau peralatan tanpa kelulusan.

Beliau mengambil contoh mengenai isu kontroversi stoking tertera kalimah Allah yang ditemukan oleh orang awam di sebuah kedai serbaneka di ibu negara baru-baru ini.

“Baru-baru ini, isu stoking yang tertera kalimah Allah itu sebenarnya tidak dibenarkan untuk dijual di pasaran kerana ia melanggar undang-undang yang sedia ada.

“Alhamdulillah, kita di Sarawak tiada isu stoking yang tertera kalimah Allah kerana tidak ditemui di mana-mana cawangan kedai serbaneka itu dan kita berharap perkara seperi berkenaan tidak akan berlaku di sini,” ujarnya lagi.

Bercakap mengenai program tersebut, Asydidi berterima kasih kepada Tabung Baitulmal Sarawak kerana memberi sokongan yang padu dengan menyumbangkan sebanyak 1,000 naskhah Al-Quran kepada pihaknya bagi program pertukaran itu.

Bukan itu sahaja, program itu dianjurkan bersama dengan Persatuan Anak Seni Sarawak (Anak Sarawak) dan mengagihkan Bubur Lambuk kepada orang ramai di Stesen Pelbagai Bahan Bakar PETROS serta sekitar Perumahan Darul Hana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan