Search
Close this search box.
Seorang ahli perniagaan di Taiping kerugian RM418,200 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan 'phone scam' semalam. Foto hiasan Envato

Ahli perniagaan rugi RM418,200 ditipu ‘Inspektor Hazizi’

IPOH, 31 Mac: Seorang ahli perniagaan di Taiping dekat sini kerugian RM418,200 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan phone scam semalam.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan mula terjerat dalam penipuan tersebut selepas mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar pihak berkuasa semasa berada di rumah pada 27 Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa telah dihubungi suspek lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Hazizi pada kira-kira 10.30 pagi.

Katanya, suspek memberitahu mangsa bahawa dia terlibat kes jenayah dan menghantar waran tangkap yang dikeluarkan atas nama mangsa menerusi aplikasi WhatsApp.

“Suspek turut meminta pengadu (mangsa) membuat penukaran akaun simpanan tetap miliknya kepada akaun simpanan biasa.

“Menurut pengadu, dia tidak tahu bagaimana suspek mengetahui mengenai maklumat akaun simpanan tetap miliknya kerana tidak pernah memberi sebarang maklumat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Yusri, mangsa semakin terjerat apabila suspek memberitahu bahawa dia mesti membuat pembayaran wang sekiranya mahu terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Dalam tempoh 27 Februari hingga 26 Mac 2024, dia telah melakukan tujuh kali transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun bank berbeza berjumlah RM418,200.

“Mangsa akhirnya menyedari dia sebenarnya ditipu sebelum tampil membuat laporan polis pada pukul 4.07 petang semalam,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan