Search
Close this search box.
Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand

ByBernama

SEREMBAN, 30 Mac: Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun, urusan membawa pulang jenazah bergantung kepada keputusan keluarga atau waris.

“Urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia itu perlu tunggu keputusan pihak keluarga, jika pihak keluarga minta nak ke sana dan membawa balik atau meminta kita membawa balik, kita sedia membantu.

“Saya telah menghantar WhatsApp kepada rakan sejawat di sana, beliau telah menjanjikan bahawa apa sahaja bantuan diperlukan, beritahu pihak mereka, Insya-Allah akan diusahakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand

Beliau berkata, pihak hospital di New Zealand juga perlu melakukan bedah siasat terlebih dahulu sebelum urusan membawa pulang jenazah kedua-dua pelajar dilakukan dan segala urusan berkaitan akan diuruskan sebaiknya oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Timbalan Presiden UMNO itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya tersebut.

Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.

Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington ketika dihubungi Bernama mengesahkan pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.

Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut universiti sama manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan