Search
Close this search box.
Peningkatan jumlah kenderaan dijangka berlaku menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Foto TVS

Tambah feri elak kesesakan – Yusuf

SIBU, 30 Mac: Jumlah perkhidmatan feri di tiga pangkalan utama di kawasan tengah wajar ditambah bagi mengelak kesesakan berikutan peningkatan kenderaan yang melalui kawasan itu menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, pangkalan feri itu termasuk Muara Paloh, Batang Lassa dan Igan yang dijangka sesak berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, usaha tersebut juga mampu melancarkan aliran trafik selain mengurangkan beban orang ramai yang terpaksa berbaris panjang.

“Saya memohon kepada pengusaha feri, untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan atau menggunakan feri yang lebih besar.

“Ini penting bagi mengelak rungutan pengguna yang terpaksa menunggu lama dan bebaris panjang. Saya berharap semua pihak mengambil apa-apa cara untuk memudahkan perjalanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, Yusuf menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal lagi mengelak kesesakan sekali gus memastikan mereka selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai bersabar sementara menunggu siapnya projek pembinaan jambatan yang kini sedang giat dilaksanakan.

“Projek jambatan Paloh misalnya bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengguna tetapi juga bakal membawa impak besar ke atas pembangunan Tanjong Manis dan kawasan sekitarnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan