Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menyantuni para pengunjung Bazar Ramadan Desa Ilmu, Kota Samarahan, hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Pusat Kanser Sarawak projek pertama guna konsep kerajaan negeri biayai dahulu

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 30 Mac: Kerajaan Persekutuan bersetuju menggunakan konsep “kerajaan negeri biayai dahulu, Kerajaan Persekutuan bayar kemudian” bagi menyegerakan pembinaan Pusat Kanser Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kaedah baharu pelaksanaan projek itu dipersetujui dalam mesyuarat beliau bersama dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak hari ini.

“Saya setuju, kita bawa kaedah baharu, Sarawak boleh memulakan pembinaan sedikit, kita tampung kemudian. Kita akan mulakan pembinaan pembangunan hospital kanser ini sesegera mungkin,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Sarawak 2024 Bersama YAB Perdana Menteri di Masjid Al-Muttaqin di sini hari ini.

Turut hadir, Abang Johari, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Anwar turut mengumumkan persetujuan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak untuk membina sekolah dan klinik di kawasan pedalaman tanpa melalui Kerajaan Persekutuan dan akan membantu dalam merencanakan pembinaan tersebut.

“Pembinaan sekolah dan klinik di kawasan pedalaman Sarawak turut menggunapakai kaedah yang baharu kerana jika mengikut prosedur biasa, ia mengambil masa yang lama serta kos pembinaannya adalah amat tinggi.

“Jika Kerajaan Sarawak berupaya untuk memulakan pembinaan projek setelah dipersetujui Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dengan kos yang lebih rendah serta mengambil masa yang cepat, maka saya bersetuju dan akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk kita luluskan supaya Kerajaan Sarawak boleh memulakan projek pembinaan,” katanya lagi.

Dalam majlis itu juga, Anwar turut menyerahkan sumbangan kepada 150 golongan asnaf dari Kuching, Kota Samarahan dan Serian berupa kotak makanan serta wang tunai.

Terdahulu, Anwar yang melakukan rangka lawatan kerja ringkas itu menghadiri Taklimat Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan di Sarawak di Pejabat Pengairan dan Saliran (DID) Kota Samarahan.

Kemudian, Perdana Menteri berkunjung ke Bazar Ramadan Desa Ilmu dan meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni para peniaga dan pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan