Search
Close this search box.
Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi. Foto TVS

Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.

“Satu sidang media akan diadakan berhubung insiden ini,” katanya ringkas.

Difahamkan, dalam kejadian itu, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan