Search
Close this search box.
Pesawat Bombardier milik Maritim Malaysia melakukan pemadaman meliputi kawasan 5.5 kilometer persegi kebakaran di Sungai Adong, Miri, semalam. Foto Maritim Malaysia

Pesawat Bombardier Maritim padam 5.5 kilometer persegi kebakaran hutan di Miri

BySaibi Gi

MIRI, 30 Mac: Pesawat Bombardier CL-415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan pemadaman meliputi 5.5 kilometer persegi kawasan kebakaran di Sungai Adong, Miri semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Mohd Shafie Paing berkata 120,000 liter air digunakan bagi teknik pengeboman air untuk memadamkan kebakaran terbabit dengan punca air diambil di Sungai Kuala Baram yang terletak 10 kilometer dari kawasan kebakaran.

“Susulan daripada kejayaan operasi ini, pesawat Maritim Malaysia akan menyambung semula operasi pemadaman di kawasan berkenaan untuk hari keempat bermula pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka memandangkan negara kini mengalami musim panas.

“(Cuaca panas) sekali gus menjadi faktor utama kebakaran kecil bakal menjadi bencana yang lebih besar,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan