Search
Close this search box.

Kebimbangan Sarawak mengenai isu PADU ditangani dengan baik – Anwar

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 30 Mac: Kebimbangan Kerajaan Sarawak mengenai isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) telahpun ditangani dengan baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada lagi soal isu pendaftaran PADU yang mana pendaftaran itu akan ditutup pada esok (31 Mac).

“Pendaftaran PADU di Sarawak baik bahkan perbincangan mengenai hal itu juga baik kerana kita telah menerima beberapa kebimbangan daripada Kerajaan Sarawak mengenai PADU dan kita telah menangani dengan baik. Jadi tiada apa-apa masalah.

“Sebenarnya tiada apa-apa yang dibincangkan lagi kerana semua isu-isu itu kita dapat selesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Sarawak 2024 Bersama Perdana Menteri di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyuarakan kebimbangannya mengenai pendaftaran PADU kerana ia tidak seharusnya mengumpul terlalu banyak maklumat yang tidak releven, contohnya berkaitan kewangan rakyat.

Menurutnya, maklumat yang tiada hubung kait dengan kedudukan kewangan tidak munasabah untuk didedahkan kerana ia termaktub dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung hak kebebasan dan Akta Perlindungan Peribadi 2010.

Namun, Abang Johari menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak tetap menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam pengagihan bantuan serta subsidi bersasar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan