Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Sarawak 2024 Bersama Perdana Menteri. Foto TVS

Jangan guna isu agama dan kaum porak-perandakan negara – Anwar

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 30 Mac: Tiada keperluan untuk membangkit isu agama serta kaum bagi memporak-perandakan perpaduan dan keharmonian negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengecam tindakan keganasan yang menyerang sebuah kedai serbaneka KK Mart di Kuantan, Pahang dengan menggunakan bom petrol atau ‘molotov cocktail’ awal pagi Sabtu.

“Kita sudah memberi amaran. Jangan ambil tindakan sendiri dan kita akan bertindak terhadap orang yang melakukan tindakan keganasan ini.

“Malaysia ini adalah sebuah negara aman, jangan guna isu kaum dan agama untuk memporak-perandakan (keharmonian negara) dan saya telah memberitahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak seharusnya bertolak ansur sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Sarawak 2024 Bersama Perdana Menteri di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

Pada jam 5.14 pagi tadi, kedai serbaneka itu yang baharu beroperasi dua minggu lalu diserang dengan ‘molotov cocktail’.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lontaran bom itu menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu masuk kedai serbaneka terbabit.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang telah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 pagi lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Insiden serangan ke atas kedai serbaneka KK Mart itu bukan sahaja menjadi sasaran di mana sebuah kedai di Perak turut diserang dengan bom petrol yang dilontarkan di bahagian depan kedai.

KK Mart diselubungi kontroversi demi kontroversi selepas beberapa keping gambar tular di media sosial pada stoking yang tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway lalu membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan