Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah dan Datuk Nurlaila Said semasa Majlis Iftar Ramadan bersama saudara baru dan Penyerahan Al-Quran Terjemahan Pelbagai Bahasa dan Braille bersempena Nuzul Al- Quran. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Al-Quran terjemahan pelbagai bahasa, Braille bantu mualaf dalami Islam

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 29 Mac: Penyerahan Al-Quran tafsir pelbagai bahasa kepada golongan mualaf dan Al- Quran Braille kepada golongan cacat penglihatan memudahkan dan membantu golongan itu memahami agama dengan lebih mendalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Agihan terjemahan Al-Quran pelbagai bahasa, Braille kepada mualaf.

Beliau berkata, usaha pencetakan Al-Quran itu oleh Persatuan Huffaz Malaysia (PHM) dengan sokongan dana RM10,000 daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah sangat bermakna kerana salah satu cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf ialah mentafsir ayat Al-Quran.

Pengerusi Persatuan Huffaz Malaysia, Hairulfazli Mohammad Som (kiri) menerima simbolik sumbangan daripada Pengarah Wilayah Tabung Haji Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

“Bukan mudah untuk kita mendapat Al- Quran yang tafsirnya dalam bahasa etnik dan bangsa yang ada di Sarawak, ini satu cabaran yang kami hadapi dahulu.

“Al-Quran Braille ini bermakna kepada golongan cacat penglihatan. Mereka sangat bergantung kepada sistem Braille ini untuk membolehkan mereka membaca. Kalau macam naskah biasa mereka tak dapat baca, tapi kalau sudah diterjemahkan dalam bentuk Braille, mereka dapat membacanya, untuk mendalami agama lebih mendalam, mereka sangat perlukan Al-Quran dalam bentuk Braille ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Ramadan bersama saudara baru dan Penyerahan Al-Quran Terjemahan Pelbagai Bahasa dan Braille bersempena Nuzul Al- Quran pada Jumaat.

Pada majlis itu tersebut pihak Lembaga Tabung Haji turut mengagihkan sumbangan duit raya kepada 120 saudara baru yang hadir.

Wajah-wajah penerima duit raya sumbangan Lembaga Tabung Haji. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Menurut Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Norlaila Said, dana tersebut merupakan Zakat Wakalah yang telah diagihkan kepada TVS melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat bertujuan untuk membantu golongan penerima membuat persiapan hari raya.

“Lembaga Tabung Haji telah menyumbang sebanyak RM10,000 bagi pencetakan Al-Quran Braille yang mana kita bayar kepada Persatuan Huffaz Malaysia untuk mereka agih kepada golongan yang memerlukan dan kami bersama TVS turut meyumbang duit raya kepada saudara baru kita dan juga OKU bagi digunakan untuk keperluan hari raya,” katanya.

Berkenaan usaha pihaknya untuk menggalakkan orang ramai menjadi pendeposit lembaga itu, beliau menyatakan harapannya untuk mendapatkan sokongan berterusan terutamanya daripada Kerajaan Sarawak melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mencapai 100 peratus berbanding 40 peratus pendeposit dalam kalangan populasi muslim di Sarawak pada masa kini.

Menurutnya, Lembaga Tabung Haji sedang giat melaksanakan kempen melalui lapan pejabat cawangan sedia ada dan kerjasama badan-badan bukan kerajaan.

Dengan adanya kerjasama dan sinergi ini, saya yakin jumlah pendeposit dan depositan Tabung Haji di negeri Sarawak ini akan meningkat, tambahnya.

Turut hadir ialah Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Mohd Ismail. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan